Kelas Softskill – Make A Mask dan Make A Pizza
24 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas Softskill kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk merangsang kemahiran dan kreativiti peserta menghasilkan topeng muka dan piza menggunakan laman web ABCya.com.
Kelas ini terbahagi kepada 2 sesi dimana dalam sesi pertama peserta diajar kemahiran untuk membuat dan menghasilkan topeng muka secara maya menggunakan corak, pelekat dan huruf bersulam yang terdapat dalam permainan ini mengikut kreativiti masing-masing.
Dalam sesi kedua pula, peserta mempelajari dan mengamalkan teknik memanipulasi tetikus dengan mengklik dan mengheret tetikus untuk menghias topping yang berbeza pada pizza. Terdapat pelbagai jenis hiasan topping seperti crust, sos, keju, daging dan sayur-sayuran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: